Audio Muhyiddin catur politik tular ketika digambarkan beliau PM tidak berpolitik

Audio Muhyiddin catur politik tular ketika digambarkan beliau PM tidak berpolitik

Usaha para pakar komunikasi pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba memberikan gambaran beliau tidak bermain politik hancur berderai apabila audio beliau mencatur kedudukannya dalam bilik mesyuarat diedarkan.

Ia tambah sensitif lagi apabila percaturan politik yang dinyatakan oleh Muhyiddin itu melibatkan Yang Dipertuan Agong ketika semua pihak meminta agar Tuanku tidak dilibatkan dengan politik kepartian.

“Sempena 100 hari Abah kau dipuji melambung, PM yang tak berpolitik kononnya.

“Dengar sendiri suara dia buat plot politik nak rampas kuasa guna pintu belakang (Part 1),” tulis Laga Cawan @LagaCawan yang berkicau di twitternya.

Beliau meletakkan audio bertajuk ‘Scheme of things Muhyiddin untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir menggunakan istana’ yang berdurasi 2 minit 19 saat itu.

‘Abah’ adalah nama jolokan yang diberikan oleh pakar komunikasi PM kepada Muhyiddin.

Audio yang dikatakan suara Muhyiddin itu memberitahu pendengar yang dipercayai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tentang perancangan beliau bagi membolehkan Parikatan Nasional (PN) mengambil alih kuasa dari Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM pada 1 Mac 2020 selepas berjaya meyakinkan Yang Dipertuan Agong bahawa beliau mempunyai majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mempertikaikan perkara itu kerana beliau dan lima lagi rakannya dalam parti itu tidak menyokong Muhyiddin sebagai PM tetapi nama mereka telah dimasukkan ke dalam senarai penyokong oleh Muhyiddin.

Selepas 100 hari menjadi PM, pejabat beliau telah membuat kempen besar-besaran kononnya Muhyiddin adalah PM yang tidak bermain politik.

Naratif ini dimainkan oleh media kerajaan dan swasta termasuk Bernama yang dikatakan melibatkan bayaran yang besar oleh kerajaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )