Hadi Awang kena kuliah tentang akhirat

Hadi Awang kena kuliah tentang akhirat

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan agar tidak terlalu mencampuri urusan Allah berkenaan hal berkaitan akhirat.

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, Allah menjadikan akhirat bukan untuk menghukum orang lain ahli neraka atau ahli syurga.

“Akhirat untuk diimani kebenarannya dan dipersiapkan bekal untuk menghadapinya.

“Usah terlalu masuk campur urusan Allah di akhirat. Nasib sendiri pun belum tahu, mengapa mahu sibuk dengan nasib orang lain,” ujarnya, lapor Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut ciapan Hadi Awang di Twitter berkenaan hal tersebut, beliau turut menyebut realiti pada Hari Kiamat yang tidak mengenal hubungan suami isteri lagi.

“Di akhirat isteri tuan haji akan lari daripada tuan haji dan tuan haji juga tak sempat nak ambil tahu hal isteri tuan haji lagi. Bawa diri sendiri saja tuan haji,” bidasnya.

Abdul Hadi dalam ciapannya berkata, Pas berpegang dengan konsep sejahat jahat seorang Muslim yang beriman diterima taubatnya oleh Allah manakala sebaik-baik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat kelak.

Sehubungan itu, Ustaz Zolkharnain menjelaskan tentang taubat orang kafir yang diterima apabila memeluk Islam.

Sebaliknya, bagi orang Islam belum tentu masuk syurga sekiranya tidak mati dalam Islam.

“Taubat orang kafir juga diterima. Masuk Islam adalah taubat orang kafir. Sebagaimana Allah boleh menyedarkan orang Islam untuk bertaubat daripada dosa, Allah juga boleh menyedarkan orang kafir untuk masuk Islam.

“Orang Islam mati masuk syurga jika mati dalam Islam. Orang kafir mati masuk neraka jika mati dalam kufur.

“Soalnya, adakah mana-mana orang Islam yakin dia akan mati dalam Islam dan masuk syurga?” tegasnya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )