Satu berita sedih, tiada jemaah haji Malaysia tahun ini

Satu berita sedih, tiada jemaah haji Malaysia tahun ini

KUALA LUMPUR: Malaysia turut menyertai keputusan beberapa negara ASEAN sebelum ini yang melarang jemaah untuk menunaikan ibadah haji di Arab Saudi pada tahun ini ekoran kebimbangan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata keputusan tersebut telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

“Saya mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan redha dengan keputusan ini. Sehubungan itu, TH akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan solat lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H sejurus selepas sidang media ini.

“Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua Kota Suci Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Ditanya mengenai penambahan kuota tahun depan susulan penangguhan tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah tersebut bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Makkah atau sebaliknya.

Beberapa negara di ASEAN juga telah mengambil keputusan penangguhan ibadah itu antaranya Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Brunei.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus (0 )