Sumbangan politik sebenarnya halal atau masih lagi rasuah?

Sumbangan politik sebenarnya halal atau masih lagi rasuah?

Ekoran penjelasan Peguam Negara bahawa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak terkait dengan isu rasuah sebaliknya hanya menerima sumbangan politik, timbul pula persoalan adakah penerimaan sumbangan politik bukanlah satu kesalahan.

Pengarah Komunikasi AMANAH Wilayah Persekutuan, Mohd Yusof Ahmad berkata, untuk hal itu, ianya boleh dirujuk dari perspektif syariah.

Jelasnya, sesuatu pemberian atau sumbangan atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang digalas, maka itu adalah hadiah.

“Namun, jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh menafikan sesuatu hak atau keadilan, dan boleh melakukan ‘kebiasaan’ dalam menjalankan tugas, maka itu adalah rasuah.

“Mana mungkin Musa Aman boleh mendapat sumbangan sedemikian besar jumlahnya sekiranya dia bukan Ketua Menteri pada waktu itu,” katanya lapor Malaysia Dateline.

Untuk rekod, Peguam Negara, Idrus Harun menyatakan bahawa keputusan Gani Patail mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada 2012 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Musa, kerana siasatan mendapati wang yang terlibat adalah merupakan sumbangan politik.

Dalam pada itu, Yusof berkata, perkara ini pernah diingatkan Nabi Muhammad sendiri kepada pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka.

Beliau turut memetik Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata, “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku”. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak? Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.”



“Setelah menyampaikan amaran tersebut, Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya hingga kelihatan putih kedua ketiaknya. Kemudian beliau mengucapkan, “Ya Allah, bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, bukankah aku telah menyampaikan?” katanya merujuk Hadits Bukhari (6464)

Justeru, Yusof menegaskan, seorang pegawai itu haruslah merenung ke dalam dirinya dan bertanya sama ada pemberian itu adalah disebabkan jawatannya atau pun sebaliknya.

Menurutnya, sekiranya benar kerana jawatannya yang mana boleh mempengaruhi tindakan tugasnya, maka jelas ianya perbuatan rasuah.

Selain pimpinan warisan yang meluahkan rasa hairan tentang bagaimana kes tersebut boleh digugurkan tanpa perbicaraan, Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Hasanuddin Yunos turut melahirkan rasa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysia Dateline, Ahli Parlimen Hulu Langat itu berkata, pihaknya masih kehairanan mengapa kes terbabit boleh terhenti di situ sahaja.

“Apa salahnya membiarkan Mahkamah dengan sistem perundangannya yang terbaik untuk meneruskan perbicaraan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • comment-avatar

    nothing is more valuable in the real world than being able to spot a rolex copy.

  • Disqus ( )