Akar umbi Umno kecewa, hanya Bersatu Pas dapat kerusi senator

Akar umbi Umno kecewa, hanya Bersatu Pas dapat kerusi senator

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik lima senator baru dalam sidang Dewan Negara minggu depan mengejutkan para penyokong Umno kerana hanya calon dari Bersatu dan Pas akan dilantik.

Menurut surat yang kini disebarkan melalui media sosial, kelima-lima mereka, tiga dari Bersatu dan dua dari Pas, akan menggantikan para senator Umno yang tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Tiga calon dari Bersatu yang akan mengangkat sumpah sebagai senator tersebut adalah Muhammad Zahid bin Md Arip, Datuk Seri Rais Yatim dan Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad.

Dua calon Pas pula adalah Idris Ahmad (naib presiden) dan Balasubramaniam A/L Nachiappan (Ketua DHPP).

Mereka akan mengangkat sumpah pada 16 Jun iaitu pada hari selasa.

“Sakit dah kerajaan PN ni..betul-betul kerajaan Abah..Ada ke orang macam Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan Zahid Mat Arip dilantik Senator? Dah macam hilang akal kerajaan ini.

“Semua tu Bersatu..Dan kenapa kuota lantikan Umno yang sudah tamat tempoh tidak digantikan oleh wakil Umno lain,” tulis Rafi Awang Kechik dalam facebook beliau.

Beliau mendakwa, ekoran tindakan sebegini menyebabkan Pas juga terbelah dua.

“Abah konon! Patutlah Pas terbelah dua, satu belah sokong PN, satu belah sokong MN,” dakwa beliau dalam posting itu.

MN adalah singkatan kepada Muafakat Nasional yang dibentuk antara Umno dan Pas.

Sehubungan dengan itu, Rafi mengajak ahli Umno menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini.

“Ayuh semua ahli Umno, tarik balik kalau ada sokongan pada kerajaan syok sendiri ni.. ini kerjasama menguntungkan sebelah pihak sahaja,” kata beliau.

Mohamed Khalid Nordin dalam tulisannya juga mengingatkan ahli Umno tentang perkara ini.

“Perikatan Nasional ni alat nak selamatkan PPBM jek. Umno tak perlulah nak beriya dengan PN ni. Abah pun ada ‘game’ dia jugak. Parti paling sikit dalam perikatan tapi nak dictate,” tulis beliau.

Khaled juga mempertikaikan apakah kerusi-kerusi yang dimiliki oleh Umno di Johor sebelum ini akan diserahkan kepada Bersatu.

“Umno punya seat kat Johor macam Mersing, Batu Pahat, Muar, Segamat, Sri Gading, Pulai, Simpang Renggam kena bagi kat PPBM.

“Nak ke? Grass root PPBM tak banyak. Tapi kerusi kena korban. P/s saja nak ingatkan jangan selesa sangat dengan PN,” tulis beliau.

Pihak yang membuat ulasan terhadap tulisan Rafi juga amat menarik.

Antaranya, Nurul Ashikin menulis, “Rafi Awg Kechik sila bersedia. Saya dapat tahu Azmin dah pegang parti kawan kerjasama Umno tu.”

Beliau dipercayai merujuk kepada Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin Pas sejak dahulu.

Berikutan itu, ramai akar umbi Umno mendesak agar Datuk Seri Najib diangkat kembali sebagai Perdana Menteri.

Les Pettua menulis, “Betul tu datuk, ayuh kita angkat DS Najib kembali.”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )