Lepas balak Kedah Terengganu, tauke balak Sabah pula bebas: Mana Menteri Alam Sekitar

Lepas balak Kedah Terengganu, tauke balak Sabah pula bebas: Mana Menteri Alam Sekitar

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar diminta memberikan penjelasan selepas satu persatu isu pembalakan di negara ini timbul sehinggalah tokoh yang dikaitkan dengan pembalakan di Sabah dibebaskan dari pendakwaan.

Ia bermula dengan isu membalak di Ulu Muda Kedah sebaik sahaja menteri besar dilantik, selepas itu pembatalan gazet 4,588 hektar hutan simpan iconic Belara yang begitu penting untuk alam sekitar Terengganu.

“Menteri Alam Sekitar dan Air perlu mengambil berat isu semasa dan jangan meremehkan rintihan orang kampong. Islam menekankan perlunya kita memelihara keharmonian alam sekitar bumi Allah ini.

“Makin ramai pensyarah-ahli akademik universiti terkemuka Malaysia, aktivis dan NGO bersuara isu serius pembalakan berlesen dan juga yang haram,” kata Datuk Raja Bahrin Shah, Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH.

Menurut beliau, dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, sekali lagi isu kontroversi pembalakan di kaitkan dengan isu skandal rasuah dan penggubalan wang haram bertaraf antarabangsa telah timbul.

“Nampaknya isu tuduhan rasuah Musa Aman membabitkan pembalakan akan di lenyapkan begitu sahaja dengan penarikan balik kes olih Peguam Negara.

“Nampaknya juga kes pembalakan membabitkan beratus juta ringgit dikaitkan dengan mereka yang berkuasa dalam politik, secara besar besaran, tidak boleh di pisahkan,” kata beliau.

Dua minggu lepas, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyoal kes Menteri Besar Kedah dari Pas yang ingin membuka semula pembalakan kawasan sensitif hutan simpan Ulu Muda yang mengancam bekalan air Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Malangnya Menteri Alam Sekitar dan Air YB Tuan Ibrahim bukan sahaja tidak mengulas isu tersebut, tetapi beliau mengumumkan projek air RM600 juta untuk cuba menutup isu kontroversi asal tersebut,” katanya.

Beberapa hari lepas, katanya, isu hutan simpan Belara, Terengganu, ditimbulkan oleh Pensyarah dan aktivis alam sekitar. Pembatalan penwartaan- gazet tanah tersebut serta lesen pembalakan hutan simpan Belara ini di percayai telah di keluarkan dengan senyap senyap oleh kerajaan.

Lapuran oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia Cawangan Terengganu pada 5 Jun 2020 menyoal mengapa Kerajaan Terengganu membatalkan gazet 4,588 hektar hutan simpan iconic Belara yang begitu penting untuk alam sekitar Terengganu?

“Menteri Besar Terengganu tidak memberi jawapan tentang isu ini,” katanya.

Dahulu, katanya, beliau menyebut masalah alam sekitar Kedah dan juga Kelantan, yang lama mempunyai masalah alam sekitar dan bekalan air.

“Ada pihak yang menegur saya seolah olah ia isu tidak penting,” katanya.

Bagi beliau, Terengganu merupakan negeri ketiga selepas Kedah dan Kelantan yang mempunyai majoriti sekitar 95 peratus penduduk Melayu Islam yang menghadapi masalah alam sekitar dan air.

“Kalau kerajaan yang mendakwa diri nya kerajaan Melayu Islam tidak membela nasib Melayu Islam di 3 negeri yang diantara termiskin di Malaysia, di manakah letaknya prioriti mereka?” soal beliau.

Katanya, ramai Melayu Islam di 3 Negeri ini terdiri dari petani, pekebun dan nelayan miskin yang memerlukan penjagaan alam sekitar yang baik dan rapi.

Hutan simpan negara sepatutnya di kekalkan di tahap 50 peratus kawasan tetapi kini telah jatuh ke tahap sekitar 40 peratus, katanya.

“Kalau tanah rezab Melayu yang patut di tahap 50 peratus juga kini hanya tinggal 13 peratus, kita patut amat bimbang akan tahap kerakusan kerajaan membuka hutan simpan untuk pembalakan oleh taukeh-taukeh balak kaya. Perniagaan tanah balak yang tidak terkawal mengancam kita semua,” katanya.

Bagi beliau, yang paling terkesan adalah golongan termiskin di kampong dan desa yang bercucuk tanam golongan petani yang amat perlu pembelaan.

Ianya bukan melibatkan hanya isu hakisan dan pemukaan alam sekitar yang rosak dan berlaku banjir besar, tetapi juga tentang ancaman hidupan liar yang keluar dari habitat hutan asal mereka mengancam keselamatan dan hasil cucuk tanam petani dan pekebun yang daif.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )