JAIPk benar kuliah pengajian di masjid dan surau.

JAIPk benar kuliah pengajian di masjid dan surau.

POH: Perak membenarkan kuliah pengajian di masjid, surau dan surau diri Jumaat dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula semalam, namun perlu menggunakan khidmat tenaga pengajar atau penceramah dari negeri itu sahaja.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkata kuliah pengajian itu hanya dibenarkan selepas solat Maghrib dan perlu ditamatkan sebaik masuk waktu Isyak.

“Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dengan bilangan jemaah tidak melebihi 40 orang serta warganegara Malaysia, tidak termasuk pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah,” menurut JAIPk dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menurut JAIPk, pihak pengurusan masjid dan surau juga perlu memastikan sesi pengajian itu dilaksanakan mengikut jadual, menjaga penjarakan sosial, memastikan tiada amalan bersalaman dan memastikan pintu pagar masjid atau surau sentiasa berkunci semasa pengajian berlangsung.

Selain itu, tabung masjid bergerak di dalam masjid juga tidak dibenarkan.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )