Pimpinan PH Plus perlu segerakan persepakatan, selamatkan Malaysia

Pimpinan PH Plus perlu segerakan persepakatan, selamatkan Malaysia

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) bersama pimpinan Bersatu dan Warisan diseru supaya segera mencari persepakatan dan mempercepatkan langkah bagi menyelamatkan negara ini.

Exco Armada Bersatu Nasional, Abu Hafiz Salleh Hudin, berkata, siri mesyuarat tanpa titik noktah melelahkan ahli parti di bawah.

“Reformasi institusi oleh PH di Putrajaya telah sedikit demi sedikit dirobek.

“Dan pimpinan PH Plus masih gagal mencari kata sepakat menyelamatkan Malaysia,” kata beliau melalui laman sosialnya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa mengumumkan keluar dari PKR hari ini.

Daroyah merupakan wakil rakyat terbaru yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu.

Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan Ketua Wanita PKR itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Kata Abu Hafiz, hal seperti ini akan terus akan berlaku selama mana pengambilalihan semula kerajaan mandat rakyat tidak dimuktamadkan secepat mungkin.

Tambahnya, ia tidak sahaja boleh berlaku pada PKR, tetapi ia boleh juga terjadi pada parti-parti lain termasuk AMANAH, DAP dan Bersatu.

“Saya sebagai pengundi N43-Sementa (P109-Kapar) dan mengundi calon PH/PKR, tindakan YB Daroyah adalah memalukan dan mengkhianati mandat 9 Mei 2018. Ia tidak boleh diterima.

“Nasihat saya buat pimpinan PH Plus. Segerakan kesepakatan kalian dan percepatkan langkah menyelamatkan Malaysia.

“Tolonglah…ia bukan berkenaan kalian. Ia masa depan kami anak muda dan Malaysia keseluruhannya,” kata beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )