Awas! Larangan merokok di premis makanan kekal

Awas! Larangan merokok di premis makanan kekal

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pandangan orang ramai yang menyatakan larangan itu tidak lagi dilaksanakan adalah tidak tepat, sebaliknya penguatkuasaan berkurangan kerana memberi tumpuan terhadap usaha menangani penularan Covid-19.

“Kempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan.

“Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberi fokus terhadap Covid-19, malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak 3 bulan lepas disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau mengulas rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati kerana terdapat individu kembali merokok di premis makanan selepas kedai makan dibenarkan beroperasi dan pelanggan dibenar makan dalam premis berkenaan.

Noor Azmi berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Makanan 1983 di Parlimen tidak lama lagi dan draf mengenainya sedang diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

Kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2019, yang hanya membenarkan perokok merokok di kawasan 3 meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )