Mahathir-Anwar mesti buktikan sanggup ketepi perbezaan

Mahathir-Anwar mesti buktikan sanggup ketepi perbezaan

AMANAH Perak berkeyakinan penuh dengan saratnya pengalaman serta kematangan kepimpinan dua tonggak nama besar negara mampu meletakkan kembali Malaysia pada landasan yang sebenar.

Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, kekuatan dimiliki Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menjadikan negara berjaya dalam usaha menentang najis rasuah di dalam pentadbiran negara.

“Usaha memburukkan imej kedua-dua tokoh ini tidak terhenti jika kedua-dua mereka telah membuktikan kesanggupan mereka mengenepikan perbezaan pandangan politik tersendiri demi ingin melihat dan mengeluarkan rakyat daripada beban hidup lantaran akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara serta tekanan rakyat akibat kejatuhan ekonomi seluruh dunia sehingga kini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhaimin menjelaskan pandangan kedua-dua tokoh tersebut dalam mendepani pelbagai isu rakyat diperlukan seperti isu pemhentian pekerja, kenaikan bil elektrik dan air dan kenaikan harga minyak.

Beliau menyifatkan sinergi Mahathir dan Anwar diperlukan dalam mengembalikan kedudukan negara pada tahap pencapaian yang tinggi dan satu pentadbiran yang benar-benar dilihat bersih.

Sehubungan itu, AMANAH Perak, tegasnya, yakin propaganda di media sosial tidak akan menghakis keyakinan kedua-dua tokoh ini untuk terus memikirkan agar mandat rakyat tidak disia-siakan.

Bahkan, jelasnya, mencari jalan keluar agar pentadbiran negara akan kembali ditadbir semula dengan keutamaan kepada agenda rakyat berbanding agenda peribadi mana-mana pemimpin.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )