Lelaki jadi pengerusi LPPKN: Semua MP wanita PN sudah dapat jawatan?

Lelaki jadi pengerusi LPPKN: Semua MP wanita PN sudah dapat jawatan?

Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman mempersoal kewajaran pelantikan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang baharu.

Beliau berpendapat sungguhpun kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu mengagihkan jawatan kepada Ahli Parlimen (MP) mereka biarlah agensi seperti LPPKN memberi keutamaan kepada golongan wanita sebagai peneraju.

“Kot ye pun nak agih jawatan kepada MP ini semua, janganlah main bagi saja. Tengoklah juga fungsi dan tujuan organisasi itu.

“Semua MP wanita PN sudah dapat jawatankah?” sinis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari tersebut dalam ciapan Twitter hari ini.

LPPKN dalam maklumannya di Facebook rasmi badan berkanun itu memberitahu Nizar, 51, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Parit dilantik sebagai Pengerusi LPPKN yang ke-11.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini melantik Datuk Dr Narimah Awin sebagai Pengerusi LPPKN bagi menggantikan Datuk Mariam Mas Yaacob yang sudah tamat tempoh perkhidmatan bagi sesi 2015/2019.

Dr Narimah telah 30 tahun berkhidmat di Kementerian Kesihatan dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga.

Beliau juga pernah menduduki jawatan di peringkat antarabangsa iaitu sebagai Penasihat Serantau (Kesihatan Ibu Bersalin dan Reproduktif), Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pejabat Serantau Asia Tenggara pada 2013.

Untuk rekod, pada 10 Jun lalu, usia LPPKN genap 54 tahun sejak ia diisytiharkan penubuhannya di Dewan Rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • Disqus ( )