Pemimpin Pas bukan Islam yang mengaku mimpi nabi antara dilantik senator hari ini

Pemimpin Pas bukan Islam yang mengaku mimpi nabi antara dilantik senator hari ini

Dua orang pemimpin Pas antara yang selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) di Dewan Negara hari ini.

Mereka ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) N.Balasubramaniam yang sebelum ini pernah mendakwa beliau bermimpi Rasulullah berkali-kali.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran bersama tiga lagi individu lain iaitu Tan Sri Dr Rais Yatim, Tan Sri Mohd Radzi Sheih Ahmad serta Muhammad Zahid Md Arip.

Kelima-lima individu ini merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri, manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )