Tiada tempatkah untuk orang baik? Kenapa pilih jalan songsang?

Tiada tempatkah untuk orang baik? Kenapa pilih jalan songsang?

Di negara barat kempen pilihanraya mereka berperang manifesto. Parti mana yg boleh dianggap mampu berikan wadah terbaik utk rakyat itulah pilihan rakyat.

Maka pelbagai janji dibuat dan yg popular seperti peluang pekerjaan, bail out, dasar ekonomi, dasar politik luar negara, pelaburan luar negara dan mcm2 lagi utk memenangi hati rakyat.

Tapi di negara ini selain beberapa perkara di atas yg turut dijadikan antara manifesto parti… yg melucukan apabila pembangkang dahulu yg berjaya menjatuhkan kerajaan paling lama di dunia iaitu BN dgn fokus agenda menjatuhkan kerajaan kleptokrasi.

Apa kerajaan kleptokrasi? Ia sebuah kerajaan yg korup. Di mana pemimpin dan pegawai2 menggunakan jawatan dan kuasa mereka utk mencuri wang rakyat.

Formula itu berjaya di mana rakyat marahkan kerajaan BN kerana ia sebuah kerajaan yg korup. Kita mesti ingat kerajaan BN itu tewas bukan sebab utamanya kerana bagusnya manifesto PH tetapi kerana rakyat mahu jatuhkan BN yg dianggap mencuri wang rakyat.

Namun org Melayu antara korupsi dan Melayu… mereka memilih Melayu. Walaupun Melayu itu mencuri dan menyalahguna kuasa. Maka isu Melayu dan Islam diprovokasi semahu mahunya kerana pembangkang ( BN ) sebelum ini kerana mereka tahu PH adalah sebuah kerajaan yg bersih.

Tiada isu utk salah guna kuasa wang rakyat yg hendak dihebahkan seperti dimainkan oleh pembangkang sebelum itu. Jadi dialihkan isu yg dianggap mudah dimanipulasikan iaitu sentimen agama dan bangsa.

Negara kita Allah berikan kekayaan sumber alam yg cukup banyak. Tapi kenapa kita berhutang hingga tidak berduit ( bahasa pasarnya ). Malah dlm 3 bulan Covid19 bermula negara terpaksa meminjam wang dari rakyat utk menghidupkan ekonomi. Ia sungguh memalukan.

Persoalannya ke mana perginya wang kerajaan/rakyat? Wang tersebut bocor dan tiris kerana ia telah dicuri oleh pemimpin2 yg tidak amanah. Kenapa mereka berani tidak amanah?

Kuasa politik melindungi mereka. Mereka tahu undang2 yg ada melindungi mereka sebagai ‘org besar’. Undang2 terlaksana hanya utk ‘org kecil’.

Faktor kedua sb mereka yakin rakyat atau org Melayu ini mudah ditipu. Mudah diprovok dgn isu. Jadi kenapa perlu takut mencuri wang rakyat kerana pemimpin boleh membodohkan rakyat dgn mudah.

Lihat gambar… Allahyarham Tan Sri Ani Arope ( CEO TNB ), Tan Sri Wan Zul ( CEO Petronas ) dan Jalil Rasheed ( CEO PNB ). Mereka ini adalah CEO yg berintegriti yg mempertahankan syarikat dari di salahgunakan.

Namun mereka terbuang. Tan Sri Ani Arope jelas dgn berani menentang Tun Mahathir ketika itu kenapa perlu diwujudkan IPP utk diberikan kpd kroni. Tan Sri Wan Zul berkata dia terpaksa memilih jalan yg sunyi utk menjaga amanah. Kata Jalil Rasheed ia diganggu secara peribadi hingga melibatkan keluarganya.

Ya mereka bukan org politik.. mental tak kuat utk melawan seperti Anwar Ibrahim tapi mereka berintergriti utk meninggalkan jawatan dgn gaji lumayan.

Anwar Ibrahim juga memerangi salah guna kuasa terutama rasuah. Anwar juga senasib dgn CEO2 tadi malah lebih teruk penderitaanya. Diaibkan, dipaksa meletakkan jawatan, ditangkap, dibogelkan, dipenjara dan rasanya tidak ada pemimpin Asia yg diuji seteruk Anwar Ibrahim.

Sila lihat graf ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Jika sebelum beliau dan selepasnya belanjawan negara mengalami defisit ( lebihan belanjawan daripada income ). Anwar Ibrahim berjaya menjadi Menteri Kewangan terbaik negara dan Asia sb dia amanah menjaga wang rakyat.

Kita sebagai rakyat bila melihat graf tersebut cuba buat analisis berdasarkan kualitatif dan kuantitatif… mengapa ia berlaku. Dan apa kelebihannya implikasi daripada belanjawan tanpa defisit.

Lalu saya ingin bertanya kpd rakyat atau pembaca penulisan ini… apakah rasuah ini budaya kita? Apakah kita sebagai org Islam tidak bimbang anak2 kita nanti membesar akn mengamalkan rasuah kerana ia seolah olah budaya Melayu ?

Adakah kita berbangga anak cucu kita hidup senang lenang kerana makan berjuta duit rasuah? Adakah kita mahu anak cucu kita tiada keberkatan di dlm hidup mereka? Adakah kita mahu anak cucu kita dicampakkan ke neraka kerana mencuri harta rakyat?

Kenapa kita pertahankan pemimpin yg korup? Kenapa hanya kita berkepentingan lalu kita sengaja menutup kejahatan itu. Jahat sgt kah kita ini hingga sanggup membuat perkara yg dilaknati Allah

Tak malukah kita menyokong org mencuri? Bagaimana nanti nak cari Rasulullah nak minta syafaat baginda di Padang Masyar nanti? Ingat dosa mencuri wang rakyat tidak boleh diampunkan hanya setiap tahun pergi menunaikan umrah. Bangunlah tgh malam tanya pada diri betulkah apa yg aku buat skg ini hanya utk mengejar kesenangan duniawi sementara.

Saya jika bukan kerana pemimpin BN itu menyalahguna kuasa dan mencuri wang rakyat… belum tentu saya menyokong PH. Bagi saya mana2 parti yg memberi wadah terbaik utk rakyat saya sokong…. tapi bagaimana saya boleh menyokong mereka…lihatlah bagaimana kerajaan PN merasuah pangkat utk mengkhianati rakyat bukan secara demokrasi.

Mana mungkin saya bersama mereka malah terpaksa menentang mereka. Saya diberikan sedikit kemampuan utk menulis… lalu saya menulis apa yg saya rasa perlu dan benar. Rakyat Malaysia mesti berani melakukan perkara yg baik kerana kehidupan kita ini sementara… tapi apa yg hendak kita wariskan utk anak cucu kita nanti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )