Buka kembali prasekolah, tabika tindakan tidak bertanggungjawab

Buka kembali prasekolah, tabika tindakan tidak bertanggungjawab

Pengumuman kerajaan yang akan membuka semula prasekolah dan tabika yang bermula 1 Julai ini diselar sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan kanak-kanak sebagai golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan wabak Covid-19.

Merujuk kepada sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, Senator Dewan Negara, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun adalah golongan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan wabak berkenaan.

Beliau mempersoalkan apakah jaminan kerajaan bahawa ancaman tersebut telah berlalu memandangkan statistik tersebut belum pun mencecah tempoh sebulan.

“Kalau sekolah rendah pun susah untuk dikawal, bagaimanakah caranya anak-anak yang jauh lebih kecil di prasekolah dan tabika akan dikawal dan diuruskan dengan selamat?

“Adakah kerana ingin menyenangkan ibu bapa kembali berkerja sepenuh masa untuk memulihkan ekonomi negara, keputusan ini telah di ambil oleh kementerian berkenaan?

“Kalau benar, ini adalah satu tindakan yang sangat malang serta tidak bertanggungjawab.

“Jangkitan dalam kalangan anak kecil sangat cepat merebak kerana mereka sering berinteraksi rapat sesama mereka yang menyebabkan selsema dan batuk biasa pun senang dijangkiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu lagi, pengumuman kerajaan itu menggambarkan situasi yang amat sukar malahan hampir mustahil untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, sebelum ini begitu ramai guru dan ibu bapa yang menyatakan kebimbangan mereka jika sekolah rendah dibuka kerana anak kecil susah untuk dikawal penjarakan sosial dan pelbagai peraturan SOP berkaitan kebersihan diri.

“Adakah kerajaan telah merujuk kepada para pendidik dan pakar berkenaan sebelum mencapai persetujuan membuka sekolah atau adakah ia lebih keputusan politik untuk kepentingan perniagaan serta ekonomi.

“Bagaimanakah guru akan mengawal pergerakan serta aktiviti anak kecil yang memang secara semula jadinya suka berinteraksi secara rapat dan dekat?,” soalnya lagi.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )