Kantoi mencuri, mulut kena sumbat kulit durian

Kantoi mencuri, mulut kena sumbat kulit durian

TAIPING: Padah mencuri hasil kebun orang, dua lelaki yang berjaya dicekup penduduk kampung telah disumbat mulut mereka dengan kulit durian sebelum diserahkan kepada pihak polis kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemilik dusun berusia 69 tahun bersama dua rakannya ternampak dua suspek berada di dusunnya di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering di sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika kejadian, kedua-dua suspek sedang leka memasukkan durian ke dalam raga di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Melihat kejadian itu, pemilik dusun bertindak memanggil penduduk kampung lain lalu menangkap suspek.

“Hasil pemeriksaan menemui raga yang mengandungi 30 biji durian dianggarkan bernilai RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, dusun dianggarkan seluas empat hektar yang tidak berpagar itu diusahakan oleh pengadu sendiri sejak 10 tahun lalu.

“Kedua-dua suspek mengaku telah mencuri durian tersebut dan dibawa ke Balai Polis Changkat Jering untuk siasatan.

“Polis turut merampas kenderaan itu bersama durian. Suspek direman selama tiga hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )