Perak benar kanak-kanak bawah 12 tahun makan dalam kedai

Perak benar kanak-kanak bawah 12 tahun makan dalam kedai

Kerajaan Negeri Perak tidak melarang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk makan bersama keluarga di dalam mana-mana premis makanan di Perak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pendirian itu dibuat kerana Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak melarang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk masuk ke premis makanan.

“Bagaimanapun, Perak setuju dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan bahawa orang ramai masih tidak digalakkan membawa kanak-kanak ke tempat awam begitu juga untuk makan di kedai makanan.

“Ini kerana kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi untuk dapat jangkitan COVID-19,” katanya.

Beliau mengulas rungutan dan kekeliruan orang ramai mengenai peraturan serta larangan ke atas kanak-kanak bawah umur 12 tahun ke bawah untuk makan di premis makanan memandangkan ia tidak dinyatakan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh MKN.

Selain itu, terdapat juga rungutan daripada orang ramai yang membawa keluarga bercuti tetapi berdepan kesukaran ketika ingin makan di premis makanan bersama kanak-kanak.

Mengenai pembukaan semula rumah ibadat, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri mengambil pendirian mengikut keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan iaitu membenarkan semua 528 premis ibadat bukan Islam berdaftar di Perak dibuka.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti keagamaan di rumah ibadat bukan Islam adalah dibenarkan kecuali di kawasan zon merah dalam tempoh PKPP.

Ditanya mengenai rungutan orang ramai mengenai operasi pasar malam di Perak dari 4.00 petang hingga 7.00 malam, Ahmad Faizal berkata pihaknya akan meneliti semula perkara tersebut.

“Semua pihak berkuasa tempatan masih dalam proses percubaan untuk membuka pasar malam di kawasan masing-masing, banyak yang belum berani buka. Kami akan ambil perhatian,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )