Rakyat sedang terbeban, Ketua Menteri Melaka relax tukar set sofa mewah!

Rakyat sedang terbeban, Ketua Menteri Melaka relax tukar set sofa mewah!

Tular sejak semalam yang memaparkan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka kini berwajah baharu lengkap dengan pengubahsuaian set sofa dan perabot dari syarikat Bardeaux Meuble Furniture.

Gambar Seri Bendahara yang dimuatnaik di laman Facebook syarikat berkenaan walau bagaimanapun telah dipadam dan tidak dapat dilihat lagi hari ini.

Adun Durian Tunggal, Datuk Sofi Wahab melahirkan tanda tanya adakah benar Datuk Sulaiman Md Ali baru sahaja menukar set sofa dan perabot di kediaman rasmi beliau yang mungkin menelan belanja sehingga ratusan ribu ringgit.

“Saya ingin buat pertanyaan kepada Ketua Menteri Melaka sama ada gambar yang disiarkan oleh syarikat perabot itu benar atau tidak.

“Jika ianya tidak benar mengapa posting tersebut dipadamkan hari ini sedangkan semalam ianya masih boleh diakses.

“Jika benar kita mengharapkan pihak kerajaan negeri memaklumkan kos semua peralatan tersebut yang kita lihat antaranya karpet dan sofa. Berapa kos semuanya, perlu dimaklumkan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, tidak sepatutnya wang rakyat digunakan atau dibazirkan dalam keadaan rakyat hilang punca pendapatan dan pekerjaan

Malah katanya, wang sebanyak itu sepatutnya dibelanjakan untuk membantu rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka itu lagi, sewaktu Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, beliau sama sekali tidak membenarkan Seri Bendahara diubahsuai dan diganti sebarang peralatannya untuk menjimatkan duit rakyat oleh kerana peralatannya masih elok dan cantik.

“Jika benar Seri Bendahara diubahsuai dan dicantikkan dengan karpet, perabot dan lain-lain yang serba baharu, rakyat ingin mengetahui berapa kosnya dan apa justifikasinya sehingga wang rakyat sebanyak itu dibelanjakan di saat rakyat semakin susah akibat Covid-19.

“Sedangkan bonus mahupun insentif Hari Raya untuk kakitangan kerajaan pun tidak ada tahun ini,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )