Teknokrat tiada tempat dalam era Kerajaan PN, GLC dipenuhi ahli politik

Teknokrat tiada tempat dalam era Kerajaan PN, GLC dipenuhi ahli politik

Saya cukup terkejut dengan apa yang dialami oleh seorang anak muda yang cukup membanggakan negara iaitu saudara Jalil Rasheed yang merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad. Beliau mengumumkan perletakan jawatan kelmarin.

Anak muda yang mempunyai bakat dan kredibilitI INI, Baru sahaja berumur 38 tahun sudah mampu menerajui sebuah syarikat yang sungguh memberi 1001 makna kepada negara dalam aspek pelaburan. Pelbagai usaha rejuvenasi yang dilakukan oleh beliau untuk memastikan PNB berada di jalan yang benar dalam menghadapi cabaran semasa.

Meneliti pencapaian beliau, Jalil berpengalaman dalam mengurus dan melaburkan aset di Asia Selatan berjumlah lebih 1.2 trillion dollar di 25 buah negara. Aspirasi beliau untuk komited dalam menangani isu tadbir urus dalam syarikat pelaburannya sangat ditagih.

Perlantikan Jalil juga sebenarnya merupakan salah satu usaha reformasi kerajaan pada ketika sekitar 11 bulan yang lepas bagi memastikan posisi itu diterajui oleh anak muda yang mempunyai merit dan kredibiliti. Khususnya untuk memastikan GLC berfungsi dengan baik. Sayang seribu kali sayang mendengar berita yang sangat menyedihkan hari ini.

Sekitar tahun 2018-2019, Kerajaan membuka peluang dan ruang mentadbir GLC kepada mereka yang benar-benar layak dan pakar dalam bidang tersebut. Antaranya ialah Jalil. Sanggup membawa pulang keluarganya berpindah dari SIngapura ke Kuala Lumpur untuk berbakti kudrat dan khidmatnya untuk mencorak landskap penuh nilai di PNB.

Menurut ucapannya semalam “Paling keterlaluan bagi saya adalah gangguan yang harus saya alami akibat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, akaun e-mel korporat saya dan profil LinkedIn saya digodam. Ini membuatkan saya semakin bimbang tentang kesejahteraan keluarga saya.”

Ini adalah antara intipati yang dinyatakan Jalil yang mendakwa diganggu sejak akhir-akhir ini. Walaupun pilihan ini sukar, bagi beliau ia merupakan salah satu cara untuk memastikan PNB berada dijalan yang selamat.

Barangkali ini merupakan salah satu rangka pemikiran kerajaan hari ini yang melihat GLC ini tidak sesuai diterajui oleh anak muda dan sedaya upaya memastikan kerusi-kerusi GLC dipenuhkan oleh ahli politik. Kerana apa? Kerana sokongan politik yang mereka perlukan. Kalau kaca mata begini ini dilihat oleh kerajaan hari ini, maka rosaklah syarikat GLC yang lain.

Ia sebuah derita yang perlu ditanggung oleh Jalil. Anak muda berbakat dan punyai merit yang besar ini disia-siakan oleh kerajaan yang memerintah hari ini.

Saya doakan yang terbaik buat anda, Jalil. Terus berkhidmat!

AMIRUDDIN HAMZAH adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thank you ever so for you article post.

  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • Disqus ( )