Tiada lagi had jumlah duduk di meja makan

Tiada lagi had jumlah duduk di meja makan

Kerajaan telah menarik semula peraturan yang menetapkan kapasiti maksimum empat orang bagi satu meja terhadap orang awam yang makan di restoran.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata kapasiti yang dibenarkan kini bergantung kepada ukuran meja namun masih perlu menjaga jarak sosial.

“Boleh, selagi ada penjarakan sosial, boleh, kalau meja panjang boleh muat 10 orang, 10 orang (boleh duduk), tetapi mesti ada penjarakan sosial. Isunya adalah penjarakan sosial.

“Kalau meja besar, (untuk 10 orang), takkan duduk dua (orang). Sebagai contoh, kalau meja itu muat untuk lapan, lapanlah (boleh duduk). Jadi kita tiada halangan di situ, kita bolehkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pengumuman itu dibuat setelah sebuah restoran di Ipoh diperintahkan untuk ditutup satu minggu setelah tujuh orang duduk di meja yang sama pada 10 Jun.

Ketujuh-tujuh individu itu juga masing-masing didenda RM1,000.

Sejak awal pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada bulan Mac, restoran hanya dibenarkan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang membawa pulang makanan.

Kerajaan kemudian melonggarkan peraturan dan membolehkan orang ramai makan di restoran dengan syarat-syarat tertentu.

Selain kapasiti maksimum empat orang satu meja, pelanggan juga mesti mencatatkan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan mencatat suhu badan.

Meja juga perlu dipisahkan dengan jarak dua meter.

Mengulas isu lain, Ismail yang juga menteri kanan berkata kerajaan kini mengizinkan kanak-kanak mengunjungi kawasan awam untuk beriadah, termasuk taman permainan dan pusat beli-belah.

“Sekarang ni dah boleh, kita tidak ada larangan untuk kanak-kanak beriadah lagi, taman permainan dah mula dibuka, anak-anak boleh keluar.

“Cuma peringatan kita adalah supaya jangan berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah tersebut.

“Walaupun taman permainan dibuka, SOP tetap perlu dipatuhi. Begitu juga dengan pusat beli belah.

“Cuma saya sentiasa mengingatkan jangan bawa anak-anak kerana kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I really like and appreciate your blog post.

  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )