Agihan kerusi Umno, Pas, Bersatu sukar, kata penganalisis

Agihan kerusi Umno, Pas, Bersatu sukar, kata penganalisis

Seorang penganalisis politik menjangkakan PPBM, PAS, dan Umno akan berdepan kesukaran ketika merundingkan kerusi pilihan raya umum akan datang.

Setiap parti itu akan mensasarkan bilangan kerusi paling banyak, kata Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau berkata PPBM, parti dengan kedudukan rundingan paling lemah, akan meminta Umno dan PAS mengorbankan beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi 2 parti itu. .”Adakah pemimpin Umno akan bersetuju serah lebih banyak kerusi kepada PPBM, yang hanya menang 13 kerusi Parlimen pada pilihan raya lepas?”

Beliau berkata PAS dan Umno juga perlu merundingkan beberapa kerusi mereka. “Adakah PAS akan serah kerusi DUN yang dimenanginya pada pilihan raya lepas kepada Umno?”

Azizuddin berkata beberapa pemimpin Umno mungkin akan sabotaj PPBM pada saat-saat akhir jika PPBM berjaya mendapatkan tuntutannya.

Beliau maklum PAS pernah mencadangkan ketiga-tiga parti itu bertanding di kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lepas.

“Tetapi itu tidak sesuai bagi PPBM kerana ia hanya menang beberapa kerusi sahaja,” katanya. “PPBM dikatakan menuntut 50 kerusi Parlimen.”

Beliau berkata satu-satunya harapan bagi ketiga-tiga parti itu adalah kesatuan mereka akan memberikan kemenangan pada pilihan raya nanti, dan satu-satunya formula kemenangan adalah persetujuan mengenai siapa akan mendapat jawatan menteri selepas kemenangan itu.

Seorang penganalisis, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata kerusi yang dimenangi PPBM pada pilihan raya umum lepas adalah kubu kuat DAP dan PKR.

“Kali ini parti itu tidak akan bertanding di kerusi yang ia kalah kepada Umno,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Katanya keadaan ini menyebabkan PPBM tidak ada banyak pilihan memandangkan ia tidak ada sokongan akar umbi yang kuat.

Beliau berkata ketiga-tiga parti itu akan temui jalan buntu kecuali mereka sedia berkorban.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )