Mahkamah Tinggi tolak injunksi Mahathir status keahlian Bersatu

Mahkamah Tinggi tolak injunksi Mahathir status keahlian Bersatu

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi ad-interim (sementara) dikemukakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan enam yang lain untuk mengekalkan kedudukan mereka selaku ahli dan pemegang jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hingga injunksi utama didengar.

Hakim Datin Rohani Ismail kemudian menetapkan 9 Julai ini untuk mendengar permohonan injunksi utama dipohon plaintif untuk mengekalkan status quo kedudukan mereka dalam parti.

Mahkamah menetapkan tarikh sama bagi mendengar permohonan Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan saman itu.

Mereka memohon untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
Disqus ( )