Pemuda AMANAH terkilan tuduhan semberono tidak sokong Anwar

Pemuda AMANAH terkilan tuduhan semberono tidak sokong Anwar

Pemuda AMANAH Nasional menyokong dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan Plus yang lain untuk membuat keputusan terbaik bagi menyelesaikan kemelut calon Perdana Menteri Ke-9.

Naib Ketuanya, Kevin Shawn Gomez berkata, meskipun memiliki pandangan berbeza dalam menentukan calon perdana menteri, namun kesepakatan telah dicapai untuk mempertahan mandat rakyat dengan segera mengambil alih kerajaan.

“Pemuda AMANAH Nasional melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan-tuduhan semberono bahawa AMANAH telah mengkhianati Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan membuat kesepakatan bersama pihak lain untuk memilih calon Perdana Menteri Ke-9.

“Wajib diingatkan sebahagian besar pimpinan dan akar umbi AMANAH adalah mereka yang telah bersama bergelumang dalam perjuangan Reformasi sejak 1998 lagi sehingga kini.

Malah, antara pengasas awal Parti Keadilan Nasional pada ketika itu adalah sosok tubuh bernama Anuar Tahir, mantan Setiausaha Agung AMANAH,” katanya.

Katanya, Pemuda AMANAH menyeru kepimpinan Keadilan dan seluruh komponen Pakatan Harapan Plus tidak terlalu beremosi dengan membuat tuduhan-tuduhan liar yang boleh memecahbelahkan Pakatan Harapan.

Tegas beliau PH Plus perlu memfokuskan kepada dua perkara penting iaitu mengembalikan mandat rakyat dengan mengambil alih semula kerajaan dan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Persengketaan hanya akan merugikan Pakatan Harapan yang selama ini berjuang menumbangkan kleptokrat.

“Sekiranya persengketaan ini berpanjangan, PH akan berdepan dengan defisit keyakinan daripada rakyat yang mahukan kita mengambil semula mandat PRU ke-14.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • Disqus ( )