Rais Yatim bakal dilantik speaker Dewan Negara?

Rais Yatim bakal dilantik speaker Dewan Negara?

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Dr Rais Yatim bakal dilantik yang dipertua Dewan Negara menggantikan penyandangnya S Vigneswaran yang tamat tempoh pada 22 Jun ini, kata sumber BN.

Menurut sumber lagi, Rais Yatim yang baru mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara pada 16 Jun lalu, dikatakan akan menggantikan presiden MIC itu yang dilantik sebagai speaker Dewan Negara pada 26 April 2016 semasa pemerintahan Kerajaan BN.

“Ya, Tan Sri (Rais Yatim) akan menggantikan Tan Sri Vigneswaran,” katanya kepada Malaysiakini.

“Majlis mengangkat sumpah dijangka akan sumpah diadakan pada 22 Jun,” tambah sumber itu yang enggan dinamakan ketika ditanya berkaitan desas-desus Rais Yatim bakal dilantik sebagai speaker Dewan Negara.

Malaysiakini telah menghubungi Rais untuk mendapatkan pengesahan.

Rais antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara sebelum ini.

Veteran Umno itu berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982, sebelum memegang beberapa jawatan penting di peringkat kerajaan pusat.

Antaranya jawatan kabinet penting dipegang olehnya, menteri penerangan, menteri kebudayaan dan juga menteri luar.

Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar Umno dan menubuhkan Parti Semangat 46. Bagaimanapun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan Umno.

Pada 4 Jun 2018, selepas kekalahan Umno pada PRU14, beliau sekali lagi bertindak keluar Umno dan menyertai Bersatu sebelum dilantik sebagai pengerusi Bersatu Negeri Sembilan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )