Ayah apa persetankan kebajikan ribuan pekerja Mas?

Ayah apa persetankan kebajikan ribuan pekerja Mas?

Pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang terjejas ekoran Covid-19 sangat dikesali.

KADIR JASIN

Tambahan lagi kalau kenyataan itu berdasarkan pendirian bersama dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ayah apa kalau dengan begitu mudah mempersetankan kebajikan puluhan malah ratusan rakyat jelata yang bergantung hidup kepada Mas?” kata tokoh wartawan Datuk Kadir A Jasin.

Menurut Kadir, dia seronok jika media tersalah lapor kenyataan Menteri Kewangan kerajaan ICA ini.

“Dalam bahasa Inggeris, kenyataan ini bolehlah disifatkan sebagai “sweeping, damning and uncaring”. Bercanggah sama sekali dengan kerajaan berkebajikan,” katanya.

Bagi Bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu, melainkan dia hilang kesedaran sementara kerana dipukau oleh bomoh Siam atau tertelan bahan yang memabukkan, dia tentu faham implikasi kenyataannya itu ke atas perniagaan Malaysia Airlines Berhad, kebajikan kakitangan Mas dan tanggungan mereka serta imej Muhyiddin Mohd Yassin sebagai “ayah”.

“Tapi kalau Tengku Zafrul tidak hilang fikiran dan kenyataannya itu mendapat restu daripada Muhyiddin maka saya amat faham “mindset” dan hala tuju Menteri korporat ini.

“Dia hendak cepat-cepat tutup atau jual Mas kepada pembeli pilihan dia!” kata Kadir lagi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, tiada pelan yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap syarikat penerbangan itu kerana mereka beroperasi sebagai entiti komersial.

Katanya, Kementerian Kewangan juga tidak memperuntukkan sebarang dana khusus untuk menampung kerugian dialami MAB.

Menurut Kadir, bagi yang tak tahu atau kurang faham siapa Zafrul ini dalam dunia korporat dan perbankan, beliau mohon izin untuk menceritakan siapa beliau.

“Dia ini kepakarannya dalam perbankan pelaburan (investment banking) iaitu bagi pinjaman beratus juta dan berbilion ringgit kepada orang yang banyak duit untuk jual-beli saham, syarikat dan projek.

“Dia tak main dengan perbankan runcit (retail banking) macam yang dilanggan oleh Mak Cik Kiah dan Pak Salleh.

“Jadi dia tak ada “feeling” (perasaan) terhadap orang makan gaji macam pekerja Mas dan dengan peniaga kecil,” kata Kadir.

Katanya, kalau dia peduli dan tidak hilang fikiran, dia tak akan cakap macam itu tentang Mas atau mana-mana entiti yang memberi pekerjaan kepada belasan ribu rakyat jelata.

“Tapi kalau kepentingan golongan kapital yang terlibat, sikap dia berlainan pula. Dia akan jadi champion.

“Sebab itulah kita yang faham dan ada keazaman menyelamatkan negara kita, wajib bercakap lantang berkenaan tindak tanduk kerajaan PN mempolitikkan GLC dan GLIC.

“Kalau tidak, golongan neo-kleptokrat ini akan menggunakan GLC dan GLIC sebagai lubuk duit untuk konco-konco mereka bermula dengan penyingkiran kakitangan profesional dan digantikan dengan proksi mereka.
“Itulah yang sedang dan telah berlaku di Petronas, PNB dan Khazanah,” kata beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )