Dulu rakyat beratur di pajak gadai, kini beratur di kedai judi

Dulu rakyat beratur di pajak gadai, kini beratur di kedai judi

Tarikh 17 Jun 2020 satu tarikh yang akan diingat oleh masyarakat Malaysia.

Tarikh keramat itu melihatkan bagaimana operasi perjudian berlesen yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan memulakan operasi selepas sunyi dan pintunya ditutup sepanjang PKP dan PKPB.

Pada tarikh ini juga kita dapat lihat di media-media sosial, ramai yang memuat naik foto manusia berbaris panjang di hadapan pintu operasi perjudian.

Mungkin kerana SOP dengan penjarakkan sosial mengakibatkan beratur panjang.

Di sebaliknya itu, kita dapat melihat bagaimana terkesan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.

Tidak kira bangsa, agama dan kaum menghadapi saat ekonomi yang perit ketika ini.

Sebelum ini, ada seorang Menteri Agama memuat naik gambar manusia berbaris di hadapan pintu pajak gadai Ar Rahnu.

Ketika itu, ciapan Menteri Agama mengucapkan syabas dan tahniah ke atas sebuah agensi di bawah beliau yang menguruskan pajak gadai Islam.

Begitulah suasana rakyat beratur panjang untuk menguruskan ekonomi di pajak gadai Islam.

Di saat rakyat sedang dihimpit keadaan ekonomi yang memeritkan, Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin Yassin sibuk mengagih agihkan jawatan GLC.

Sumber: MH Daily

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )