Pegawai JAIPk ‘bertelagah’ isu arak dan judi, Pas didakwa baru sedar bila jadi kerajaan

Pegawai JAIPk ‘bertelagah’ isu arak dan judi, Pas didakwa baru sedar bila jadi kerajaan

IPOH: Isu berkaitan arak dan judi menjadi punca dua pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ‘bertelagah’ dan berbeza pendapat di laman Facebook.

Ini berikutan kegagalan Pas menangani isu tersebut selepas menjadi kerajaan sedangkan semasa menjadi pembangkang, Pas sangat lantang dan asyik memainkan isu tersebut.

Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Ipoh, Ashraf Ismail berkata, apabila sudah menjadi kerajaan, barulah Pas sedar bukan mudah untuk mengharamkan arak dan judi di Malaysia.

Menurutnya, semasa Pas berada di posisi pembangkang, parti itu sangat lantang bermain isu tersebut dan menggesa kilang arak dan kedai judi di Malaysia di tutup.

“Sebab apa Pas pun susah bila timbul isu Judi dan Arak?

“Sebab dulu Pas sangat lantang menyuruh tutup kilang Arak dan juga judi di Malaysia,” katanya di laman Facebooknya semalam.

Beliau menjelaskan, Pas berada pada posisi pembangkang ketika itu gagal melihat dan mengambil kira faktor-faktor lain yang patut dilihat sama.

Faktor-faktor tersebut katanya biasanya diketahui oleh kerajaan pemerintah.

“Bila sudah jadi kerajaan, baru lah Pas sedar, bukan mudah nak haramkan arak dan judi di Malaysia ni.

“Sebelum jadi kerajaan, semua benda kerajaan buat tak elok, semua akan dibetulkan bila jadi kerajaan. Bila jadi kerajaan? Kebanyakannya tinggal mencari alasan,” katanya.

Kenyataan tersebut membuatkan seorang lagi pegawai JAIPk, Azmi Murad kurang rasa senang.

Beliau berkata, sepatutnya Ashraf mendapatkan penjelasan pimpinan tertinggi Pas terutama Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tentang isu tersebut yang didakwa berkaitan siyasah.

“Tuan adalah tmpt saya mrujuk dalam beberapa hal khasnya berkaitan agama.

“Maaf, dalam hal berkaitan siyasah ini khasnya isu yang tuan kemukakan sebaiknya tuan dapatkan penjelasan daripada pimpinan tertinggi Pas,terbaiknya TGHH (Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) terlebih dahulu,” kata Azmi Murad yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Ipoh Timur.

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut telah disanggah oleh seorang netizen yang mempertikaikan kenapa semua perkara perlu merujuk Presiden Pas itu.

“Semua benda kena rujuk dia (Presiden Pas). Walhal orang tua tu nanti kena rujuk perlembagaan jugak nak lakukan semua tu,” kata Syamsul Effendey

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • Disqus ( )