Gesaan kepada penyokong PH: Fokus kepada musuh sebenar

Gesaan kepada penyokong PH: Fokus kepada musuh sebenar

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) memberi fokus siapa musuh sebenar tanpa perlu membuka ruang untluk berhadapan dengan musuh baru.

“Cukuplah satu musuh dari kem pengkhianat dan pengacau,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau yang juga Naib Presiden AMANAH berkata PH harus berhati-hati menerima seseorang yang pada asasnya mahu menyertainya untuk melawan musuh yang sama.

“Jangan melepaskan peluang membina kekuatan untuk berhadapan musuh kita yang semakin lemah.

“Jangan beri kekuatan kepada musuh sebenar dengan kita berpecah dan tidak boleh bersetuju pada asas yang sangat besar menentukan kita mengembalikan mandat yang dirampas. Itu seharusnya menjadi fokus!” tegas beliau.

Katanya, kesatuan dan persetujuan yang dibina selama ini diperhati dan dinilai oleh rakyat dan jangan sesekali gagal.

“Kegagalan mencapai kata sepakat dalam hal penting ini, rakyat menjadi muak dan bosan dengan sikap kita.

“Lupakan sengketa, ikat kebimbangan dengan janji, biar jelas keingkarannya nanti jika niat untuk khianati, mana janji kita untuk kembali, jangan nanti mandat yang dicari rakyat dah mula benci!” katanya.

Beliau percaya Mandat rakyat pada PRU ke 14 adalah hasrat mahukan perubahan dan selama 22 bulan PH berhempas pulas melaksanakan perubahan dengan realiti yang ada.

“Saya menulis sebagai Ahli Parlimen antara 222 ahli dari P057, Parit Buntar yang memenangi PRU yang lalu atas tiket Pakatan Harapan.

“Kita berbangga kekuatan PH ialah kombinasi jiwa besar DSAI dan rakan-rakan bersama keazaman politik Tun M mahu menjatuhkan kleptokrasi regim BN. Kita berbangga adanya kesatuan dan persetujuan pembahagian kerusi, penggunaan satu lambang dan calon PM,” ujarnya.

Tegas Mujahid, semua formula kemenangan telah terhidang untuk PH dan terbukti ia mengukir kejayaan dengan terbentuknya kerajaan PH yang jelas halatujunya.

“Kesatuan ini dirobohkan oleh pengkhianat dari dalaman kita, mengorek asas yang cuba kita bina, setiap kali diperkukuhkan setiap kali mereka mengoreknya hingga runtuhlah Malaysia Baru yang cuba kita bentuk,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )