Kereta dibakar selepas penduduk kampung syaki wanita mabuk

Kereta dibakar selepas penduduk kampung syaki wanita mabuk

Selepas terlanggar 2 motosikal di Tasek Gelugor tanpa sengaja semalam, kereta seorang penjual sayur dibakar penduduk kampung yang mengesyaki dia memandu di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, polis berkata, pemandu berusia 56 tahun itu diuji negatif alkohol.

Wanita itu memberitahu penyiasat, beliau terlanggar motosikal itu ketika cuba mengelak seekor haiwan liar yang melintas jalan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bumbung Lima selepas menghantar sayur, ketika kemalangan itu berlaku pada 9.50 malam Jumaat.

Katanya, ketika memandu di Jalan Ara Kuda, wanita itu terlanggar 2 motosikal ditunggang 2 remaja lelaki berusia 14 tahun untuk mengelak seekor haiwan liar.

Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan motosikal Honda Wave dan Yamaha LC remaja terbabit mengalami kerosakan teruk.

Kedua-dua remaja itu patah kaki kanan dan sedang dirawat di Hospital Seberang Perai.

Katanya, wanita itu meninggalkan Kia Sephianya di tempat kejadian untuk membuat laporan polis, tetapi ia dibakar kira-kira 2 pagi tadi.

Noorzainy berkata, polis sedang mencari individu yang bertanggungjawab membakar kereta itu.

Katanya, polis membuka siasatan ke atas pemanduan cuai dan tidak bertimbang rasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan.

Beliau berkata, pembakaran kereta itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri.

“Hubungi polis dan biar kami uruskan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • Disqus ( )