Umno masih tak minat bentuk PN secara rasmi

Umno masih tak minat bentuk PN secara rasmi

Umno dikatakan masih tidak berminat terhadap idea mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Sebaliknya parti itu mahu terus kekal dengan Muafakat Nasional yang dibentuk bersama Pas.

Menurut sumber, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung minggu ini, namun ia tidak mendapat respons positif daripada pemimpin pusatnya.

“Isu pendaftaran PN secara rasmi dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno, namun ia tidak mendapat respons positif daripada anggota MT.

“MT Umno masih berpendirian dan berpegang kepada Muafakat Nasional yang telah dibentuk dan dimeterai piagam bersama Pas.

“Untuk Umno menyertai PN secara rasmi sehingga kini masih belum menampakkan tandanya,” katanya sumber seperti yang dipetik di Malaysiakini.

Pada 16 Jun lalu, MT Umno mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa ketika ditemui selepas mesyuarat berkata mereka membincangkan mengenai hala tuju parti sekiranya pilihan raya mengejut diadakan.

Bagaimanapun menurut Annuar, perbincangan tersebut hanya dibuat secara umum dan tidak menyentuh lebih lanjut seperti pembahagian kerusi.

Timbal balas kerusi Umno-Bersatu

Bagaimanapun, menurut sumber, isu agihan kerusi juga turut dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno yang berlangsung Selasa lalu.

Jelasnya, Umno mungkin akan melepaskan beberapa kerusi yang “dibawa lari” oleh wakil rakyatnya selepas PRU14 yang menyertai Bersatu.

Sebagai timbal balas, Umno akan bertanding di kerusi yang dimenangi Bersatu, namun Umno mempunyai kelebihan di kerusi berkenaan.

“Misalnya, kerusi Larut yang dimenangi Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, beliau selaku setiausaha agung parti itu pasti akan bertanding dalam PRU15.

“Maka, Umno mungkin akan memberi laluan kepada Bersatu di situ, sebagai timbal balas Umno misaknya akan bertanding di kerusi Parlimen Jerlun yang dimenangi Mukhriz Mahathir.

“Tapi ini baru peringkat perbincangan biasa belum ada pebincangan serius membabitkan kedua-dua parti,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • Disqus ( )