Bersatu ‘melepas’, Umno Pas akan pertahan kerusi mereka!

Bersatu ‘melepas’, Umno Pas akan pertahan kerusi mereka!

Barisan Nasional (BN) dan Pas sudah pasti mahu mengekalkan semua kerusi masing-masing di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang telah dimenangi calon kedua-dua parti itu.

Ia termasuk kerusi-kerusi BN yang telah dimenangi oleh penyandang-penyandang yang telah melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Perkara ini adalah suatu yang “non-negotiable” (tidak boleh dirundingkan) dan Majlis Tertinggi UMNO sedar akan aspek ini.

”Ini kerana asss pembahagian kerusi dalam pilihan raya tidak semudah hanya mengikut telunjuk seorang Perdana Menteri,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Shahrir berkata, walaupun BN dan Pas kalah pada pilihan raya lalu tetapi asas undi sudah diketahui undi asas mereka.

Malah, sudahpun terbentuk fahaman di antara BN dan Pas bahawa kerusi-kerusi yang tidak dimenangi oleh kedua-dua parti, ianya akan berasas kepada jumlah undi yang diperoleh calon masing-masing pada PRU-14.

Kalau undi calon BN lebih daripada calon Pas, kerusi itu akan ditandingi olih BN dan begitu sebaliknya.

Sedangkan Bersatu pula berkongsi undi dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebenarnya tidak tahu apakah bahagiannya.

Shahrir menambah, fahaman yang sama mungkin boleh terpakai untuk Bersatu dan serpihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan kerusi sedia.

Meskipun begitu, ia boleh dipertikaikan kalau undi itu kurang daripada setengah jumlah undi, iaitu apabila undi BN dan Pas bercampur melebehi dari undi calon Bersatu yang menang atas kekuatan PH.

Selain itu, 5 kerusi Parlimen yang dikuasai oleh kelompok Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh dianggap secara automatik milik Bersatu, begitu juga kerusi PKR kerana mereka semua bukan milik kumpulan Azmin.

Pada masa sama Bersatu masih berdepan dengan masalah dalaman dan Azmin juga belum menubuhkan partinya.

Yang ada hanyalah Muafakat Nasional yang menjadi benteng mempertahankan negara daripada dinodai oleh fahaman politik sekular segerombolan PH.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )