Bersedia PRU mengejut ogos ini!

Bersedia PRU mengejut ogos ini!

Pakatan Harapan (PH) mesti bersedia menghadapi kemungkinan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut seawal Ogos ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sesi temu bual dengan stesen Channel News Asia (CNA), beliau yakin PH mampu memenangi PRU jika ia diadakan.

“Kita mesti sentiasa – dalam sistem demokrasi – mempercayai kebijakan rakyat,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Menjawab soalan Ketua Biro Malaysia CNA, Melissa Goh, beliau menyifatkan sudah tiba masa PH untuk mara memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dua kali menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, PH akan menghabiskan masa selama enam bulan sebagai kerajaan jika usul Mahathir dilantik sebagai calon Perdana Menteri manakala dirinya menjadi timbalan.

Hal itu, ujarnya, menyebabkan PH tidak dapat memberikan perhatian kepada usaha reformasi sebaliknya berhujah mengenai pelbagai isu termasuk tarikh peralihan kuasa dan kemungkinan rombakan Kabinet.

Anwar menegaskan kerajaan baharu PH mesti komited sepenuhnya kepada pembaharuan struktur.

“Pada pandangan saya beliau (Mahathir) sudah menjadi Perdana Menteri dua kali. Sudah masanya untuk kita melangkah ke depan.

“Saya tegaskan bahawa ia bukan isu personaliti. Ia adalah mengenai peluang untuk pemulaan baru untuk negara ini.

“Malaysia berhak mendapat yang lebih baik. (Ada) begitu banyak kekecewaan politik sekarang,” ujarnya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I really like and appreciate your blog post.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )