Ketua kampung Perak: Apa sudah jadi? Bila nak lantik?

Ketua kampung Perak: Apa sudah jadi? Bila nak lantik?

AMANAH Perak mendesak penjelasan Kerajaan Negeri Perak tentang status kedudukan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Ketua Kampung yang masih belum diumumkan pelantikan baru selepas penamatan semua Pengerusi MPKK di bawah Pakatan Harapan (PH) pada 30 April 2020 yang lalu.

Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, jaminan Kerajaan Negeri Perak di bawah Parikatan Nasional (PN) bahawa menjelang awal bulan Jun 2020 ini akan dibuat semua perlantikan Ketua Kampung baru bagi menggantikan Pengerusi MPKK dan sudah tentu pembentukan Institusi Kampung ini penting termasuklah pembentukan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi menggantikan Jawatankuasa MPKK sepenuhnya.

“Bagi AMANAH Perak, lagi seminggu sahaja lagi bulan Julai 2020 dan kelompangan selama tiga bulan semua Kampung kerana tiada seorang wakil daripada Kerajaan Negeri yang menyelia dan sebagai pemudah cara wakil Kerajaan Negeri menyelesaikan permasalahan setempat

“Ini adalah seperti masalah longkang tersumbat yang boleh mengakibatkan banjir serta semak samun akibat tiada kerja permotongan rumput oleh kontrator yang ditugaskan dan isu-isu biasa seperti kematian dan kecurian yang berlaku dalam tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pelantikan segera Ketua Kampung wajar dilakukan segera dan bukannya satu Jawatankuasa Sementera kerana wakil Kerajaan Negeri perlu dilantik segera.

Ini keranya kata beliau, dengan pelbagai permasalahan yang memerlukan tumpuan dan permerhatian pembangunan sesebuah kampung yang memerlukan perhatian kursus sepertimana amalan-amalan seperti dahulu agar wakil kampung akan berperanan ibarat seorang ketua kerajaan yang menjaga kebajikan kampungnya nanti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )