MIC kecewa dengan kerajaan PN, anggap tidak dihargai

MIC kecewa dengan kerajaan PN, anggap tidak dihargai

MIC Perak kecewa dengan kerajaan Perak ketika ini kerana tiada wakil bukan Melayu dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri untuk memastikan kaum berkenaan diberi perhatian sewajarnya.

Selain itu, Pengerusinya, Datuk V Elango berkata, MIC turut kecewa tiada wakil MIC menjawat jawatan penting termasuk dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, sebelum ini terdapat jawatan Penasihat Khas Menteri Besar Perak untuk menjaga kepentingan kaum bukan Melayu namun tiada jawatan seumpama itu diwujudkan ketika ini.

“Pengorbanan demi pengorbanan telah kita lakukan untuk BN namun kita sedikit terkilan kerana ia tidak dihargai.

“Ketika Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), BN dan Pas memerintah Perak, tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan negeri mahupun GLC diberikan kepada MIC,” katanya, lapor Sinar Harian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )