MIC Perak mula bersuara! Tuntut kerusi DUN yang Umno ambil

MIC Perak mula bersuara! Tuntut kerusi DUN yang Umno ambil

MIC Perak berhasrat menuntut kembali tiga kerusi DUN yang diserahkan kepada Umno pada dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Tiga kerusi DUN tersebut ialah Behrang, Pasir Panjang dan Hutan Melintang yang telah diberi laluan kepada calon Umno pada PRU13 dan 14.

Pengerusinya, Datuk V Elango berkata, sudah tiba masanya MIC mengambil semula ketiga-tiga kerusi tersebut kerana pihaknya mempunyai keyakinan tinggi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan pada PRU akan datang.

“Jadi, saya fikir sudah sampai masanya untuk kami menuntut balik tiga kerusi yang diserahkan kepada UMNO kerana kita yakin mampu untuk mendapatkan kemenangan di kawasan tersebut bagi memastikan ada wakil bukan Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada PRU12, MIC masih meletakkan calon di tiga kerusi DUN berkenaan namun kesemua kerusi tersebut tewas di tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Ketika itu, Datuk M Ramasamy tewas kepada calon PKR, Jamaluddin Mohd Radzi dengan majoriti 3,252 undi bagi kerusi DUN Behrang.

Di DUN Hutan Melintang, MIC turut kecundang di tangan PKR apabila S Kesavan dari PKR menewaskan S Thangasvari dengan majoriti 1,721 undi manakala di kerusi DUN Pasir Panjang, Datuk Dr S Vasan tewas kepada calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun pada 2013, BN mengubah formula dengan meletakkan calon Umno bertanding di kerusi DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang manakala mengekalkan calon MIC di kerusi DUN Hutan Melintang.

Hasilnya, PRU13 menyaksikan BN berjaya merampas kerusi DUN Behrang dengan kemenangan Datuk Rusnah Kassim menewaskan calon PKR, Abdul Hadi Khatab dan DUN Pasir Panjang yang diwakili Datuk Rashidi Ibrahim berjaya menyingkirkan calon Pas, Rohawati Abidin, namun kekal tewas di kerusi DUN Hutan Melintang apabila Kesavan berjaya mengekalkan kemenangan untuk PKR dua penggal berturut-turut.

Formula sama digunakan BN pada PRU14 dengan meletakkan calon Umno bertanding di Hutan Melintang dan berhasil apabila Datuk Khairuddin Tarmizi menewaskan calon PKR, G Manivanan dan calon Pas, Misbahul Munir Masduki dengan majoriti 741 undi.

Bagaimanapun, dua kerusi DUN yang menang sebelum ini iaitu Behrang dan Pasir Panjang gagal dipertahankan apabila Rusnah dan Rashidi masing-masing tewas kepada calon AMANAH iaitu Aminuddin Zulkapli dan Yahaya Mat Nor.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • Disqus (0 )