Pemuda PH Perak fokus persiapan PRU15, tekad junjung agenda reformasi

Pemuda PH Perak fokus persiapan PRU15, tekad junjung agenda reformasi

Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak dalam pertemuan hari ini mencapai kata sepakat untuk mengembalikan fokus Pemuda PH terhadap agenda reformasi di setiap peringkat.

Dalam satu kenyataan bersama, Pemuda PH Perak juga menyeru seluruh ahli dan penyokong agar menghentikan serangan yang boleh memberi kesan tidak baik terhadap hubungan baik anggota parti PH.

“Dalam pada itu, Pemuda PH Perak juga bertekad untuk memperkukuh hubungan sesama parti dalam PH bagi membentuk kesepakatan bersama dalam menghadapi sebarang isu yang berbangkit,” kata Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim; Ketua Pemuda DAP Negeri Perak, Chaw Kam Foon; dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan, Mohamad Hairul Amir Sabri.

Menurut mereka, berdasarkan perkembangan politik mutakhir ini, gerak kerja dan persiapan Pemuda PH Perak juga akan difokuskan kepada persiapan Jentera Pilihan Raya dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )