Dr Afif kini wakil Bersatu dalam Dun Pulau Pinang

Dr Afif kini wakil Bersatu dalam Dun Pulau Pinang

ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diletakkan di bangku pembangkang pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, November ini.

Katanya, beliau sudah bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu bagi memaklumkan keputusannya itu.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meletakkan saya sebagai pembangkang.

“Jadi, saya akan duduk sebagai wakil rakyat Bersatu di DUN Pulau Pinang,” katanya lapor Malaysiakini.

Pada 14 April, PKR menggantung Afif yang juga bekas timbalan ketua pemuda PKR itu sementara menunggu siasatan oleh lembaga disiplin parti.

Keputusan menyiasat Afif dibuat selepas tindakan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama kumpulannya bertindak keluar parti itu.

Melalui “Langkah Sheraton” Azmin bersama proksinya membentuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Afif sememangnya dikenali sebagai salah seorang “orang kuat” kepada Azmin.

Memetik laporan The Star, keputusan itu dibuat boleh membolehkannya berkhidmat dengan baik melalui kerjasa,a dengan kerajaan PN.

Mengulas sama ada gabungan wakil rakyat dan bekas pemimpin PKR menyertai Bersatu akan membentuk parti baru, Afif berkata fokus ketika ini adalah memperkukuhkan PN.

“Isu penubuhan parti baru tidak penting. Yang penting ialah memperkukuhkan PN. Yang penting ialah kerajaan dapat melayani rakyat dengan lebih baik,” katanya.

Jumaat lalu Afif turut mengadakan pertemuan dengan beberapa Adun pembangkang sehingga menimbulkan persoalan mengenai landskap politik di Pulau Pinang.

Pertemuan itu membabitkan Adun Penaga dari PAS, Mohd Yusni Mat Piah (PAS), Adun Bertam Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )