Pas kata RUU355 akan jadi agenda apabila sampai masa

Pas kata RUU355 akan jadi agenda apabila sampai masa

Pas yakin Rang Undang-undang 355 (RUU 355) akan menjadi agenda dalam sidang parlimen apabila sampai masanya.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad, agenda memartabatkan undang-undang Islam melibatkan hudud, qisas dan takzir memerlukan platform benar-benar stabil, yang turut melibatkan kefahaman baik rakyat.

“Maka bil persendirian telah dibawa, telah dibentangkan, cuma belum dibahaskan. Jadi insya-Allah, saya yakin RUU355 ini akan menjadi satu agenda di dalam Sidang Parlimen apabila sampai masanya.


“Dan insya-Allah sebenarnya RUU355 inilah yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan Undang-undang Syariah. Jadi, kita nantikan, dan akan ada berita baik kepada umat Islam yang saya yakin mereka sangat menantikan.

“(Umat Islam mahu) supaya undang-undang Syariah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin di bumi Malaysia ini,” katanya, lapor Malaysiakini.


Mengulas kekangan yang dimaksudkan, Kamaruzaman memberikan contoh bagaimana hukuman 100 sebatan dan memotong tangan tidak diberikan ruang oleh perlembagaan untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, ulasnya lagi, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu telah digubal yang melibatkan pelaksanaan, percubaan untuk melaksanakan RUU Berkenaan di dua negeri berkenaan.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.

Ia dibentangkan buat kali ketiga pada April 2017 .

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )