Peja didakwa manipulasi mesyuarat Exco untuk dapat kelulusan

Peja didakwa manipulasi mesyuarat Exco untuk dapat kelulusan

Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari mendakwa Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu pernah “memanipulasi” mesyuarat Exco untuk kelulusan sesuatu perkara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berhubung dakwaan pemberian kontrak tanpa melalui tender terbuka kepada syarikat swasta Mainiza Teknitek Recowaste Sdn Bhd (MTR), dalam satu usaha sama pengurusan sisa pepejal dengan Majuperak Holdings Berhad (MHB).

MHB ialah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)

Semalam, Hasnul berkata Aziz turut terlibat dalam mesyuarat pada 2019 yang meluluskan MTR bagi melakukan ketekunan wajar untuk tujuan penswastaan sisa pepejal.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz yang juga adun Tebing Tinggi mengakui terlibat dalam mesyuarat atas kapasitinya sebagai exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

“Bagaimanapun Hasnul tidak menyatakan dengan jelas mesyuarat yang mana yang saya terlibat secara aktif dan positif dalam menyokong keputusan yang sekarang kelihatan sebagai suatu skandal itu.

“Saya suka menjelaskan bahawa dalam beberapa perkara beliau (Faizal) memanipulasikan kedudukan anggota exco, termasuk mendakwa sesi taklimat sebagai pengesahan dan penerimaan sedangkan tidak ada perbincangan atau kata putus dicapai,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Beliau turut mendakwa keputusan untuk melantik dan menamakan entiti tertentu tidak pernah dilakukan secara kolektif oleh exco.

“Maka saya ingin mengingatkan Faizal agar tidak mengheret autoriti umum Exco apabila beliau tersepit,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I really like and appreciate your blog post.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )