Pembelian kereta mewah serlah hipokrasi Peja, tak sensitif dengan keadaan rakyat

Pembelian kereta mewah serlah hipokrasi Peja, tak sensitif dengan keadaan rakyat

Merujuk kepada laporan berita The Star Online yang bertajuk “Perak MB trades Camry for Lexus” menunjukkan satu lagi sikap hipokrasi dan tidak sensitive dengan keadaan rakyat dalam menempuh cabaran dan tempoh sukar menangani masalah ekonomi akibat serangan covid-19.

Menurut laporan tersebut beliau menggunakan alasan bahawa kenderaan tersebut dibeli apabila salah seorang daripada Bekas Penasihat Undang-Undang Negeri yang bersara dan meminta untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran di luar.

Persoalannya, adakah kenderaan yang dijual itu merupakan unit yang diperuntukkan kepada Pegawai tersebut atau unit yang digunakan oleh Faizal Azumu?

Sekiranya kenderaan tersebut merupakan unit yang digunakan oleh Pegawai tersebut sebaiknya kenderaan baru untuk menggantikannya perlulah yang sepadan dan dalam julat harga yang setara dengan harga asal kenderaan tersebut. Mengapa Faizal pula yang mendapat kenderaan baharu yang berharga lebih mahal daripada Toyota Camry yang digunakan oleh Exco dan Pegawai Eksekutif yang lain?

Berdasarkan keputusan menjual sebuah unit kenderaan rasmi kerajaan negeri, kelihatan beliau dengan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan tersebut untuk membeli sebuah kereta lain yang lebih mahal daripada Toyota Camry untuk menggantikannya.

Keputusan membeli kenderaan baharu dengan harga yang tidak sepadan dengan yang digunakan oleh Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Pegawai Eksekutif lain adalah satu tindakan mementingkan diri dan tidak mengambil kira keadaan ekonomi negeri yang terkesan dengan pandemik covid-19.

Faizal Azumu langsung tidak empati dengan keadaan rakyat yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan seperti mana yang dihadapi oleh ribuan rakyat negeri ini.

Sikap hipokrasi Faizal semakin jelas sejak akhir-akhir ini apabila sering tampil dengan imej seolah-olah pemimpin yang ‘selamba’ tetapi di sebalik imej bersahaja itu beliau sering membuat keputusan dan tindakan yang hanya mementingkan diri semata-mata.

Pemuda Pakatan Harapan menyelar tindakan beliau membelanjakan ratusan ribu daripada kewangan kerajaan negeri semata-mata untuk memenuhi kehendak beliau menggunakan kenderaan mewah dan berselindung di sebalik alasan yang tidak munasabah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Dengan terjelmanya sikap beliau ini, rakyat akan membuat penilaian semula terhadap prestasi beliau dan menggunakan kuasa dalam Pilihan Raya akan datang untuk mengajar pemimpin yang khianat dan hipokrit seperti beliau.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

CHAW KAM FOON
Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Negeri Perak

MOHAMAD HAIRUL AMIR SABRI
Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK) Negeri Perak

*24 JUN 2020*

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )