Setelah melompat dan lama menyepi, Hasnul timbul pertahan kerajaan PN

Setelah melompat dan lama menyepi, Hasnul timbul pertahan kerajaan PN

Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata Adun Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari terlibat dalam mesyuarat pada 2019 yang melantik syarikat yang akan menguruskan sisa pepejal di negeri Perak.

Hasnul yang kini merupakan Adun Bebas selepas meninggalkan AMANAH Mac lalu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Adun DAP itu yang membangkitkan perkara itu hari ini.

“Abdul Aziz semasa memegang Portfolio Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau telah terlibat pada tahun 2019 di dalam mesyuarat yang meluluskan syarikat Mainiza Teknitek Recowaste Sdn Bhd (MTR) bagi melakukan ketekunan wajar bagi tujuan penswastaan sisa pepejal.

“Mesyuarat pada masa itu juga telah bersetuju secara dasar untuk syarikat MTR bersama-sama sebuah syarikat milik kerajaan negeri Perak untuk pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam,” katanya yang sehingga hari ini tidak mendapat sebarang kedudukan dalam Kerajaan PN Perak walaupun telah melompat.

Hasnul mengeluarkan kenyataan itu selepas Abdul Aziz menggesa kerajaan Perak menjelaskan alasan menganugerahkan kontrak pengurusan sisa pepejal tanpa melalui tender terbuka.

Kata Abdul Aziz tindakan “mengejut, tidak telus, dan merugikan rakyat” itu bersifat monopoli dan dibimbangi menyebabkan kenaikan harga atau caj perkhidmatan.

Untuk rekod, pada 15 Jun, Majuperak Holdings Berhad (MHB), yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia mengadakan usaha sama dengan syarikat swasta MTR.

Notis itu dikeluarkan setelah MTR memberitahu MHB bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik kedua-dua syarikat tersebut untuk menjalankan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Perak.

Sementara itu, Hasnul berkata MTR bukan syarikat PN17 (syarikat bermasalah).

“MHB tidak pernah mengalami sebarang situasi yang boleh mengheret syarikat tersebut untuk tersenarai di bawah kategori PN17.

“Ini bermakna MHB masih sebuah syarikat yang utuh tanpa sebarang masalah kewangan yang serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Aziz Bari dalam kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada MHB dan bukannya MTR sebagai syarikat PN17.

Hasnul turut menjelaskan bahawa MTR adalah sebuah syarikat usahasama antara Syarikat Mainiza Mantap Sdn Bhd dan Teknitek Services Sdn Bhd yang telah beroperasi selama 20 tahun dalam aktiviti kutipan sisa pepejal, pembersihan awam dan pengurusan sisa berjadual di beberapa negeri di Malaysia.

Katanya, syarikat itu mempunyai aset berupa 300 unit lori compactor dan 150 unit RoRo dengan menggunakan khidmat kontraktor E-Idaman, Alam Flora dan KDEB.

“Pelantikan MTR adalah berdasarkan pengalaman, kemampuan kewangan dan kapasiti aset,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mengulas persoalan mengapa syarikat MTR dari Selangor berkhidmat di negeri Perak, Hasnul berkata ia adalah umpama mempersoalkan Abdul Aziz yang berasal dari Selangor tapi berkhidmat sebagai Adun di negeri Perak.

Katanya, konsesi itu diberikan kepada syarikat berkenaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan maklum balas dalam menangani aduan yang lebih efisien dengan mewujudkan “One Stop Center” tanpa kenaikan harga.

“Kerjasama konsesi ini dapat memastikan pengalaman MTR dapat diturunkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan sedia ada dan baharu yang akan dilantik sebagai kontraktor di bawah konsesi Majuperak MTR.

“Model penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah berbeza daripada model konsesi yang sedia ada yang diperkenalkan pada tahun 2011.

“Model penswastaan ini akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan PBT,” katanya.

Hasnul juga menegaskan bahawa melalui model itu, kerajaan negeri melalui syarikat milik kerajaan negeri Perak iaitu MHB mempunyai lebih autonomi untuk menentukan hala tuju penswastaan berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )