ADUN yang didakwa kes rogol nafi sertai Gerakan

ADUN yang didakwa kes rogol nafi sertai Gerakan

Adun Tronoh, Paul Yong menafikan bahawa beliau telah menyertai Gerakan.

“Tidak. Saya tidak menyertai mana-mana parti sehingga kini. Saya masih ahli (Adun) Bebas,” katanya kepada Malaysiakini.

Yong berkata demikian ketika ditanya tentang ura-ura bahawa beliau bersama Adun Buntong A Sivasubramaniam akan menyertai Gerakan dalam masa terdekat.

Yong juga menafikan bahawa dirinya akan menyertai Gerakan pada masa akan datang.

“Saya tidak menyertai parti Gerakan. Saya masih Adun Bebas,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menyertai Gerakan selepas ini.

Untuk rekod, pada 9 Mac, Yong yang juga bekas bendahari DAP Perak bersama Sivasubramaniam bertindak keluar dari parti itu. Mereka kemudian mengisytiharkan sokongan terhadap PN.

Susulan keputusan mereka menyokong PN bersama empat Adun Bersatu dan seorang dari Amanah mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak tumbang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )