Ulama Pas dakwa nombor telefon diguna pihak lain tanpa sedar

Ulama Pas dakwa nombor telefon diguna pihak lain tanpa sedar

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik memberitahu nombor telefon lamanya telah digunakan pihak lain tanpa sedar.

Sehubungan itu, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang berkenaan telah menggunakan nombor lain yang akan dimaklumkan nanti.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Memandangkan nombor lama saya telah diguna oleh pihak lain tanpa sedar, maka saya berpindah ke nombor lain.

“Boleh jadi ada sahabat-sahabat yang call atau mesej atau Whatsapp ke nombor lama, pasti tidak ada yang menjawab. Kerana nombor itu telah saya block sepenuhnya.

“Nombor baru saya insyallah akan saya maklumkan nanti. Sebelum ini saya banyak guna wifi sahaja untuk WhatsApp. Insyallah kita ketemu nanti,” katanya yang mempunyai seramai 45,488 pengikut di Facebook.

Sejak malam kelmarin, nombor telefon Mokhtar tular di media sosial selain kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire lengkap dengan nombor plat yang dikatakan merupakan miliknya.

Dalam masa sama, Mokhtar berkongsi rakaman video berkenaan cara akaun Facebook seseorang individu boleh dipautkan ke profil media sosial orang lain.

“Di bawah saya tunjukkan video mudah untuk kita berhati-hati. Bukan sahaja scammer tapi ramai lagi di luar sana,” dakwa pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )