Umno bimbang duit mereka tidak dikembalikan jika Tun M kembali berkuasa

Umno bimbang duit mereka tidak dikembalikan jika Tun M kembali berkuasa

Umno mempertikaikan apakah tindakan Peguam Negara masih menahan duit RM192 juta milik parti itu kerana Tun Dr Mahathir Mohamad masih ada pengaruh dalam kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam facebook beliau juga berkata, apakah tindakan ini sengaja dilambatkan sampai bekas perdana menteri itu kembali berkuasa.

“Maka sampai bila Umno mahu dibuli? Apakah Tun M masih ada pengaruh?

“Apakah sengaja dilambat lambatkan pemulangan duit tersebut sampai Tun M boleh jadi PM kali ketiga?” tulis bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu dalam tulisannya.

Mahkamah Tinggi pada 7 Febuari sudah buat keputusan menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk “melucut hak” duit Umno sebanyak RM192 Juta.

Kemudian pada 19 Jun, mahkamah juga menolak permohonan SPRM untuk menangguhkan “pemulangan” balik duit tersebut.

Kini Peguam Negara dan SPRM memohon pula untuk membuat rayuan atas keputusan Mahkamah tersebut.

Sebelum itu duit Umno telah dibekukan sejak Jun 2018.

“Ikut peraturan, duit itu setelah setahun mesti dipulangkan jika tidak ada sebarang pendakwaan.

“Tetapi SPRM di bawah Latheefa Koya memohon pula supaya duit itu “dilucut hak”. Maksudnya dirampas.

“Maka sampai bila Umno mahu dibuli?” tulis Puad menerusi facebook beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )