Umno gesa bubar parlimen segera!

Umno gesa bubar parlimen segera!

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera membubarkan Parlimen mencontohi langkah Singapura bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan tanpa berlengah memandangkan negara sedang mengalami ketidakstabilan politik yang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.

Katanya, Muhyiddin perlu mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai ini.

Mohamad yang mesra dipanggil Tok Mat itu berpendapat keputusan tersebut bagi memastikan kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

“Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.

“Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Tok Mat berkata, pembubaran Parlimen perlu dilakukan tanpa berlengah kerana negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )