RUU Covid lebih utama daripada RUU355, kata Ketua Pemuda Pas

RUU Covid lebih utama daripada RUU355, kata Ketua Pemuda Pas

Ketua Pemuda Pas Khairil Nizam Khirudin berkata Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan wabak Covid-19 perlu diberi keutamaan berbanding usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Memetik portal Sinar Harian baru-baru ini, Khairil berkata pihaknya sudah membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan diberi penerangan tentang rancangan kerajaan terhadap RUU tersebut.

“Yang dilihat perlu ada keutamaan. Sekarang ini perlu ada RUU tentang Covid-19…Ini asasnya,” katanya lagi.

Beliau juga menegaskan PAS masih berhasrat untuk menyelesaikan perkara itu dan memastikan bahawa Mahkamah Syariah diberi lebih banyak kuasa.


“Itu di antara cara yang kita lakukan corrective action (tindakan pembetulan) atau consequence management (pengurusan akibat) bagi pesalah-pesalah Muslim.

“Saya ulang balik pesalah-pesalah Muslim,” katanya lapor Malaysiakini.

Pada April 2017, kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan anggota parlimen Marang merangkap Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membentangkan usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355. Sehingga kini RUU tersebut masih belum dibahaskan.

Memandangkan PAS kini sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional, parti itu berhadapan gesaan supaya meneruskan usul RUU itu.

Untuk rekod, Hadi menggesa pindaan Akta 355 bagi meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah berhubung kesalahan jenayah.

Hanya dua negeri – Kelantan dan Terengganu- yang kini mempunyai Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman dera (corporal punishment) termasuk hukuman mati.

Hadi perlu meminda RUU itu bagi meningkatkan hukuman yang lebih tinggi terhadap sabitan perundangan sekarang (tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan) kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thank you ever so for you article post.

  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )