Tun M bertanggungjawab kukuhkan kedudukan Azmin, kata Nik Nazmi

Tun M bertanggungjawab kukuhkan kedudukan Azmin, kata Nik Nazmi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyalahkan Tun Mahathir yang memberi jawatan penting dalam pasukan Azmin Ali seolah-olah ingin mengganggu partinya.

Menurut Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana itulah Anwar Ibrahim cuba berunding dengan Tun Mahathir.

“Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan Azmin sehingga dia menjadi watak penting dalam Langkah Sheraton.

“Ia tidak adil untuk Mahathir menyalahkan Anwar atau KEADILAN semata-mata, hanya untuk melepaskan diri dari mengakui dirinya menjadi penyumbang terbesar kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian berikutan Tun Mahathir dalam wawancara Asia Times telah mengatakan krisis di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali menyebabkan berlakunya Langkah Sheraton yang telah membawa kejatuhan Pakatan Harapan.

“Jika kita mengimbau apa yang berlaku pada peringkat awal penubuhan kerajaan Pakatan Harapan, Dr Mahathir telah meletakkan Azmin dan pasukannya di kabinet.

“Azmin dilantik menjadi menteri walaupun tidak dicalonkan oleh parti, kerana ketika itu dia telah pun menjadi Menteri Besar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.

Bahkan katanya, Azmin dan pasukannya diberi jawatan penting dengan tujuan menjadikan partinya lebih porak-poranda.

“Padahal, Azmin, Zuraida dan sekutu mereka merupakan di antara individu yang paling tak bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dengan alasan Malaysia perlukan tokoh lebih muda seperti Azmin.

“Anwar pernah bertemu dengan Mahathir untuk beri nasihat dan amaran tentang risiko menghadiahkan Azmin dengan pasukannya jawatan-jawatan penting, kerana beliau mempunyai cita-cita politik yang besar,” katanya.

Tindakan Mahathir memberikan jawatan-jawatan penting kepada pasukan Azmin seolah-olah ingin mengganggu KEADILAN, di atas sebab itu Anwar cuba berunding dengan Mahathir.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )