Mahathir serba salah Mukhriz jadi calon TPM

Mahathir serba salah Mukhriz jadi calon TPM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dirinya berada dalam keadaan serba-salah apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz dicalonkan sebagai sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengakui turut sedar dirinya akan dikritik berhubung pencalonan tersebut.

“Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Mohamad bin Sabu, Ketua Parti AMANAH dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudah pun disebut.

“Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan.

“Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, kata Mahathir, tanggungjawab menjaga namanya tidak patut berterusan dipikul oleh anaknya apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka.

“Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan terpulanglah untuk penjelasannya itu dipercayai atau tidak memandangkan sudah tentu pihak yang bermusuh dengannya akan bercakap sinis.

“Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia,” tambah Mahathir lagi.

Kelmarin, Mahathir mengumumkan mesyuarat tidak rasmi Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya bersetuju mencadangkan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II manakala Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri I.

Perbincangan yang dihadiri Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu juga bersetuju mencadangkan Ahli Parlimen Semporna tersebut sebagai calon Perdana Menteri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    Thank you ever so for you article post.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )