Panas! Ustaz Ahmad Husam mencarut demi pertahan ulama Pas

Panas! Ustaz Ahmad Husam mencarut demi pertahan ulama Pas

Ketika mengulas skandal membabitkan seorang ulama Pas, penceramah Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin kedengaran mencarut susulan diserang warganet dalam siaran Facebook (FB) Live hari ini.

Menggelarkan serangan itu daripada pihak ‘Red Bean Army’ (RBA) Pakatan Harapan, Ustaz Ahmad Husam hairan soalannya tentang apa status agama pemilik FB, Alexander Pittsuwan Thomprason dibalas dengan cercaan.

“Saya hairan bila saya tanya soalan, orang maki saya. Ini pun masalah juga. Tak mengapa. Nak maki, makilah, silakan.

“Soalan kena beri jawapan. Tidak boleh maki-maki. Adakah kita jawab periksa, kita jawab bila kita buka kertas soalan periksa SPM, lepas itu kita jawab haram jadah, but** pak hang.

“Bolehkah kita jawab begitu?” soalnya yang pernah gempar mengangkat kedua-dua tangan menunjukkan jari tengah ketika berceramah dalam Masjid Permatang Berangan di Sungai Petani.

Anak bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad itu selanjutnya mengulang kembali soalannya tentang individu yang mendedahkan skandal dikaitkan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Mokhtar Senik itu.

“Soalan saya mudah adakah pemilik FB, Alexander Pittsuwan Thomprason seorang Muslim? Sila jawab.

“Wahai rakan-rakan RBA ku Pakatan Harapan. Sila jawab soalan saya yang pertama, pemilik FB Alexander Pittsuwan Thomprason Muslim atau tidak?

“Sebab saya dengar ada orang kata pemilik FB itu bukan Islam. Saya tanya, tolong jawab.

“Jika benar Muslim sila buat FB Live atau rakaman video minta dia mengucap kalimah Asy-ha-du al-laa ilaaha illallah,” ujar penyokong Pas itu yang pernah ditegur artis Caprice selepas menayangkan kereta Mercedes ayahnya yang digelar ‘kuda perang’ di media sosial.

Sejak malam 23 Jun lalu, gambar Toyota Vellfire dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Mokhtar tular di media sosial ekoran pendedahan beberapa klip rakaman video didakwa perbualan antara bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Leena.

Mokhtar dalam reaksinya berkata, akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penyebaran rakaman tersebut.

Sumber Malaysia Dateline

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )