Timbalan Menteri Pas beri RM100,000 duit Jakim kepada tadika milik Pas

Timbalan Menteri Pas beri RM100,000 duit Jakim kepada tadika milik Pas

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary menyampaikan simbolik Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM sebanyak RM100,000 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Menurut laman rasmi facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pasti di seluruh negara yang memerlukan bantuan, akan menerima manfaat hasil sumbangan dana orang ramai melalui inisiatif tabung tersebut.

Facebook Jakim turut memaparkan gambar Ahmad Marzuk memberi ‘mock cheque’ yang tertera nilai RM100,000 kepada Ketua Pengarah Pasti Malaysia Syarhan Humaizi.

Pasti merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pasti, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pada 24 Mac 2020, Jakim telah melancarkan Tabung Musa’adah Covid-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sumbangan itu bertujuan membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 khususnya penjawat awam dan pegawai kader Jakim yang bertugas di hospital semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sumbangan ini juga diharap membantu petugas di pusat kuarantin dan mereka yang terjejas secara langsung kepada jangkitan seperti pasukan pengurusan jenazah, tukang mandi jenazah, pemandu van jenazah dan penggali kubur dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ahli keluarga mangsa,” katanya pada sidang media sempena pelancaran tabung itu Mac lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )