Harakah Daily padam berita salahkan Mujahid isu Sajat

Harakah Daily padam berita salahkan Mujahid isu Sajat

Portal berita milik Parti Islam SeMalaysia (PAS), Harakahdaily didapati memadam berita bertajuk “Sajat : Mujahid dan K’jaan PH patut disalahkan” yang disiarkan di pautan https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/07/sajat-mujahid-dan-kjaan-ph-patut-disalahkan/ pada 7 February yang lepas.

Pengguna media sosial mula membuat carian berkaitan berita itu setelah tersebar video separuh bogel Sajat yang dimuatnaik ke media sosial baru-baru ini.

Polemik tercetus pada bulan Februari tahun ini sewaktu kerajaan PH memerintah, dimana Sajat mencetuskan kontroversi memakai telekung sewaktu menunaikan umrah.

Kes itu mendapat perhatian yang menggemparkan negara dimana para penyokong parti Islam menyalahakan Dr Mujahid dan kerajaan PH kerana tidak bertegas dengan Sajat.

Mujahid yang kemudiannya bertindak pantas, memanggil syarikat Umrah yang membawa Sajat dan memberi amaran. Namun para penyokong parti Islam terus menerus menyalahkan Mujahid dan kerajaan PH pada waktu ini.

Semalam, bila video yang tular Sajat mengenakan pakaian bikini, netizen melihat reaksi penyokong parti Islam tidak seperti sebelum ini. Ini menimbulkan tanda soal, apakah sikap double standard begini adalah amalan dalam parti Islam tersebut.

Justeru, orang ramai mula mencari kembali berita-berita lama yang pernah mengaitkan Sajat dengan kerajaan PH. Hasilnya pautan yang dijumpai telah dipadam oleh pentadbir laman tersebut.

Sumber: Info Rakyat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus (0 )